Wednesday 18 August 2021

Tak kuatnya rasa. Sabar lah duhai hati. Semoga hilang rasa ini, dan diganti dengan ketenangan dan kebahagiaan 😥

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله

 اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

Tuesday 27 July 2021

2021 already ke?!

 Assalamualaikum warga blogger.

Phew, memang blog ni wujud time aku takde mende lain nak buat ke? Haha. Bila dah penat travel dari negeri whatsapp ke facebook ke instagram even ke tiktok!, baru lah aku teringat blog aku yang hidup segan mati tak mahu ni. 

Kira aku dah habis bosan lah travel ke negeri2 berkenaan. Tu yang datang menagih secebis kegembiraan di blog ni. Tetibe aku teringat zaman dulu di mana aku suka hias blog aku ni. Letak lagu, sampai tak tidur malam aku belek2 blog nak bagi cantik macam muka aku bila di make up! Haha. Tapi tu lah blog tu dah lama terkubur bersama dendam2 aku kepada insan2 yang dulu pernah menyakiti diri aku. Tibehhh.

Sejak itu, aku dah malas nak hias blog aku. Biar lah dogel begini saja. Janji ada intipati yang nak aku luah. Tetibe malam ni aku terimbau balik momen2 aku sejak jadi 'hantu blog' satu ketika dulu. Pagi2 buta macam ni lah aku mengarang coretan yang entah apa2. Haha.

Actually, sudah 2 tahun blog aku menyepi, walau tiada yang view (ah cewdih). Banyak benda dah terjadi selama 2 tahun ini. Banyak yang aku nak kongsi. Tapi biarlah masa yang menentukan waktu untuk aku membuka cerita. Mungkin esok, mungkin lusa ,tulat atau tonggeng. Kenapa orang panggil tonggeng pon aku masih tak tahu! Kenapa?! Biarlah rahsia, gitcheww. 

Ok lah rakyat blogger semua. Moga mimpi indah untuk kalian. Moga hidup kalian yang sedang membaca entri aku ini sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t.

Adios~

Monday 31 December 2018

2019 💐🌸

Assalamualaikum semua 🌼

Welcome 2019! 2018 might be tough for some of us but life must go on. Be strong!

Taknak mintak banyak, tahun ni...

I just want to BE HAPPY 😊😊

Saturday 29 December 2018

Assalamualaikum rakyat jelata 💕

Lama tak jenguk blog sendiri. Sian blog iols.

Whats new bout me?
Well, kakak aku da bersalin anak kedua. Another hero! Adam ada kawan nak gaduh dah pasni. Alhamdulillah, Nuh dah 4 bulan 🥰

Aku pulak baru gedik2 belajar memandu hiks. Dah tua baru nak ambik 🥺 takpe lah janji ambik ye dok. Pade sape2 tengah bace post aku ni doakan lah aku ye. Tenkiu 😘

Okay lah nanti pape hal aku cite lagi. Udah maghrib kome. Okboi! Adios amigos zassss ✌️

Wednesday 29 August 2018

I'm back!

Assalamualaikum..

Ingatkan da terkubur jugak blog aku ni. Tup2 masuk emel. Ok lah boleh la kite aktif balik post merepek². Hihu

Ade ke yang stalk aku punya blog? Saje tanya nak ajet retis jap kakakaka😆

Tuesday 7 March 2017

Rindu dekat baby adam 😭😭

Cepat la balik sungkai. Semorang rindu dekat adam.